Silahkan Menyesal, Tapi Menyesallah Dengan Baik
“I have not failed.I have just found 10,000 way that will not work.” Ini adalah ungkapan terkenal yang telah diucapkan oleh Thomas Alva Edison sebaik saje beliau berjaya mencipta lampu yang pertama.
Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya. Menyesali kegagalan secara terus-menerus akan membawa anda kepada kegagalan yang lain.Anda hanya perlu melihat kegagalan dari sudut pandangan yang berbeza, dan anda akan dapati bahawa kegagalan pada hari ini mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna di masa hadapan.
Perkara asas yang perlu difahami di sini adalah, bukan anda sorang saje yang menghadapi kegagalan.Kegagalan merupakan satu perkara biasa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
Perkara asas yang perlu difahami di sini adalah, bukan anda sorang saje yang menghadapi kegagalan.Kegagalan merupakan satu perkara biasa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
Oleh sebab itu, anda tidak perlu menyesali kegagalan anda terus menerus kerana ianya mungkin akan menjadi satu batu loncatan untuk anda berjaya di masa hadapan.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menukar kegagalan tersebut menjadi motivasi, anda boleh melakukan lima tips ini
Mempunyai pemikiran yang negatif tentang kegagalan akan menjadi satu penghalang yang besar bagi anda.Anda mungkin takut untuk memulakan kehidupan yang baru kerana bimbang akan menghadapi kegagalan yang lain.Jika ‘tersekat’ pada tahap ini, anda akan berada jauh dari kejayaan.
Berfikiran positif

Satu perkara yang perlu difahami adalah, mengatasi rasa penyesalan akibat kegagalan tersebut amat bermanfaat kepada anda dalam memperkuatkan lagi ketahanan mental.Apa-apa pun, jangan biarkan penyesalan tersebut menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah.
Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran saje di sebalik kegagalan tersebut.Sebaliknya cuba lihat juga dari segi faktor dalaman.Faktor luaran datang dari persekitaran atau situasi anda, termasuk kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan.
Mencari punca kegagalan

Faktor dalaman datangnya dari dalam diri anda.
Sekiranya anda menemukan lebih banyak faktor luaran, itu bermakna anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda untuk mencapai matlamat tertentu.
Sebaliknya anda harus menilai semula diri anda sekiranya menemukan lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda.Mungkin anda kekurangan motivasi atau kurangnya disiplin dalam mengikuti jadual ataupun mempunyai masalah lain, anda harus mengubahnya segera.
Buat penyelesaian yang terbaik
Jika anda telah menemukan faktor atau punca kegagalan tersebut, anda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaikinya.Melakukan langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik daripada melakukan kesemuanya sekaligus.Membuat penilaian yang jelas agar anda lebih fokus terhadap masalah tertentu dan ianya akan memudahkan anda untuk memperbaikinya.Menemukan potensi diri anda
Lebih baik bagi anda untuk menemukan potensi diri anda setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya.Meningkatkan potensi diri sangat penting dan membantu dalam usaha mencapai kejayaan.Trial and Error
Ini merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk mencapai kejayaan.
Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha/rancangan anda bagi mengelakkan melakukan kesilapan/kegagalan yang sama.Ingat, anda mungkin melakukan kesilapan tetapi bukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah anda lakukan dalam usaha/rancangan sebelum ini.
Selain itu, kunci utama dalam melakukan trial and error ini adalah kesanggupan dan kesediaan anda untuk bekerja lebih keras.
Menerapkan lima tips di atas akan sangat membantu anda dalam menghadapi kegagalan tanpa penyesalan.Selepas ini, kegagalan bukan lagi satu masalah besar bagi anda…
Terima Kasih & Semoga Berani Gagal
Menerapkan lima tips di atas akan sangat membantu anda dalam menghadapi kegagalan tanpa penyesalan.Selepas ini, kegagalan bukan lagi satu masalah besar bagi anda…
Terima Kasih & Semoga Berani Gagal